Thursday, September 30, 2010

PUDING KARAMEL

Mari kita lihat bebahan untuk buat puding karamel ini, peberat mokcik nih... 

Puding ni acara wajib semasa bulan posa ari tu. . Dalam bulan posa ari tu 4 atau 5 kali mokcik buat puding karamel ni. Mokcik buat spesis bakar dan spesis kukus hanya dibuat sekali jer. Sebabnya mokcik lebih gemar spesis bakar kerana tekstur lebih pejal dan lembut. Nak masak pun tak yah nak tunggu atau nak tengok selalu, biar je dia duk diam-diam dalam oven jer...tup-tup cukup 40 minit angkat keluar.

Kang amat senang tu yer adik kakak semua. Hari bekerja pun bleh buat, tak payah nak tunggu hari cuti jer baru nak buat. Mokcik balik opis pun sempat masak puding ni untuk berbuka tau. Oleh kerana kerap sangat buat puding ni maka mokcik yang tukang buat, mokciklah yang tukang perabihnya jugakk...hohoho

Bahan-bahan 
  • 400ml susu segar
  • 5 sudu gula halus
  • 5 biji telur
  • Beberapa titis esen vanila
  • 1 sudu kecil tepung kastard. 
Karamel
  • 9-10 sudu gula
  • 1/2 cawan air

Kaedah Membuatnya
Untuk Karamel:
1.  Masukkan gula ke dalam periuk dengan sedikit air sahaja dlm 2 sudu je (air dari 1/2 
     cawan  tu yer).
2.  Masak di atas api sederhana. Bila gula jadi perang dan berbuih masukkan lebihan air
     yang 1/2 cawan tadi.
3.  Masaklah sehingga perang dan tuang ke dalam loyang.
4.  Ketepikan.


(Tips: Tujuan memasak gula bersama 2 sudu air adalah untuk mengelakkan gula cepat hangus dan pahit. Tapi masak menggunakan kaedah ini agak lambat skit gula nak bertukar menjadi karamel berbanding masak gula sahaja.

Cara Memasak
  • Masukkan kesemua telur dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja supaya semua telur sebati. Jangan pukul terlalu kuat atau lama nanti telur berbuih.
  • Dalam periuk lain panaskan susu bersama 5 sudu gula dan beberapa titis esen vanila. Kacau perlahan.
  • Masukkan 1 sudu kecil tepung kastard kacau perlahan supaya tidak berketul-ketul. Panaskan seketika sahaja jangan sampai susu mendidih.
  • Masukkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul tadi sambil dikacau supaya telur boleh sebati dengan mesranya dalam adunan susu.
  •  Angkat, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  • Bakar selama selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Pastikan loyang karamel dimasukkan dalam bekas yang berisi air panas sebelum dimasukkan/ dibakar dalam oven. Jangan lupa step ni, kalau tak, tak menjadi karamel anda nanti dan juga pastikan anda menggunakan air panas, kalau guna air sejuk kang tak menjadi plak nanti.
  • Bila dah masak sejukkan dulu baru boleh ditelengkup dalam bekas lain untuk dihidang. 

No comments:

Post a Comment