Lama benar tak singgah di sini tak tinggal jejak dan catatan di sini.. setahun sudah sejak Julai 2013 nan jauh ditinggalkan...emmm..
Kalau ikutkan rasa hati ni banyak benar benda yang nak dicoretkan di sini tapi banyak pula halangan yang timbul.. adakah ini alasan belaka? Hohoho.. Ataupun mungkin fb dan ig lebih mengasyikan berbanding dgn berblog skrg ni? Alasan juga kan?
Yang pasti puasa dan raya tahun ini merupakan puasa dan raya yang pertama bagi kami sekeluarga setelah pemergian arwah ayah kami pada pertengahan Januari yang lepas, genap 6 bulan sudah pemergian ayah.. Semoga rohmu tenang di sana ayah.. al fatihah buat ayah.
Teringat dulu arwah ayah suka sangat kalu time nak raya ni belikan dia baju raya Raihan yang ada poket tu. Kalu beli t-shirt untuknya pun sama jugak wajib ada poket sbb katanya senang nak isikan rokok time pi jalan-jalan.
Semua ni tinggal kenangan..
Lain benar raya tanpa ayah..
Tenanglah dikau di sana ayah.. ameenn..