Sila Klik Iklan Ini

Saturday, March 31, 2012

HOLIDAY VILLA, CHERATING

Next tempat tumpangan kami sekuarga seterusnya adalah di Holiday Villa Cherating setelah balik dari Kampar tempoh hari. Hotel ni jadi destinasi kami seterusnya kerana mokcik ada kursus High Impat selama 2 hari di sini. .Next setori lah yer pasal kursus ni, kursus yg memalukan mokcik sebenarnya hehehe...wat suspen skit....

Nampaknya ponteng sekolah lagi la kakak pada hari Jumaat tu kalu dak kang sampai kul 12 mlm la kat hotel kalu nk tunggu kakak habis sekolah kul 7.00pm. Macam mana yang terjadi pada tahun lepas masa mokcik pi kursus di Cameron, kamilah org terakhir smpai di hotel di sana kul 12 mlm sbb tunggu kakak habis sekolah. Memandangkan cherating ni pun jaraknya agak jauh dari rumah maka kami bertolak awal sikit maka bolehlah kami singgah kat kampung sekejap tengok tokmek dan tok ki sebelum patah balik ke Cherating.

Hotel neh cam kerek skit sbb dia kira ikut bilangan kepala, kalu bilik utk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak kita tak leh bw lebih kaum kerabat ke sini, kalu nk bw juga kena cas lebih per head... punya kedekut hotel neh...tapi sib baik dpt bilik ok betul-betul sebelah kolam renang.

Hari Ahad ini kami akan berkampung di Alson Klana Nilai pula, risau pulok mokcik sbb dah banyak dengar cerita tak enak pasal hotel neh. Panel kami dah ramai yg komplen, pegawai pun cakap tak usah la duk hotel neh tapi kami malas nak kansel booking sbb dah last minit dah pong. Kalu kansel kang nanti tukang jaga duit opis kami banyak soal sbb LO dah keluar...emmm tak per la redo ajer lah kalu kena perli ngan panel pong...Dah la kali neh panel yang mokcik bawa sume adalah Prof dan Dr sbb nilaikan program Master. Mesti depa byk komlen sat gih... emmmm ngeri pulok ehhh...apa pun berserah ajer ler....next entry la pasal kesah Alson Klana neh... N3 adalah khas untuk hotel seperti di atas...

Check in kat sini kami dapat bilik paling bawah sama aras ngan kolam renang... besh ooo...buka pintu belakng bilik terus kolam renang, si kakak dan adik bangun je tido pagi terus merayap ke kolam renang dengan baju-baju tido lagi, tukang bersih kolam pun tak siap lagi... Mokcik yg tengah mkn time tu terus berlari kejar depa, memalukan kerajaan sungguh ehhh...aduhai punya la eksited mandi kolam. Tu la kalu bilik dekat kolam pong susah gak, kalu bilik jauh ngan kolam pong susah gak...


Holiday Villa, Cherating


Kolam renang


Pantai di belakng hotel, petang-petang ada orang naik kuda di sepanjang pantai neh


Pagi nan sore, gambar bilik lupa pulok nak amek. 

Gambar bilik lupo pulok nak amek. Bilik yg mokcik dpt di bawah katil ada disediakan tilam dan katil ektra, so dapatla tido ngan selesa sbb kakak skrg saiznya badannya dah tak leh kira saiz kanak-kanak lg...tak leh nak share tido satu bed ngan dia dahhh... mesti kita akan ke bawah bed jawabnya....



Friday, March 30, 2012

GRAND KAMPAR HOTEL

Grand Kampar Hotel antara hotel yang paling hebak di Kampar walaupun hanya tiga bintang sahaja namun cukup luas dan selesa... kami sume cukup puas hati dengan hotel ini termasuk panel-panel kami pun duk puji hotel ni.

Hotel ni kami melepak selama 2 hari di sini kerana ada visit kat satu unibarsiti swasta di sini. Design hotel ini dibuat berdasarkan design dari Sepanyol dan hotel ini ada 155 bilik kalau tak silap.


Grand Kampar Hotel


Ini bilik kami, famili suite. Reganya dalam RM190 kalu tak salah. Bukan senang kuli cam kami neh nak dapat bilik famili suite cam neh...Bilik yg amat selesa untuk pada kami seramai 4 beranak neh...Kakak ponteng sekolah lah jawabnya sbb nak ikut kami ke sini. Panel kami yg  bertaraf Prof dapat bilik lagi hebak wooo... sampaikan dia kata tak perlu bilik besar-besar sgt, nak buat apa... dia dtg sorang jer...Pastu katanya lagi agaknya depa ingatkan bila dah Prof ni saiz badan pun bertambah kot tu yg depa bg bilik yg besar tuu.. kami sume gelak ajer sbb faham saiz bilik bukan ikut saiz badan tapi ikut kelayakan. Kalu ikut saiz badan sonok lah mokcik sepanjang hayat... kompom memanjang kami satu famili dapat bilik yg hebak-hebak...



Cafe time bek fast

 
 Kolam renang yg ada kat roof top...yg paling besh adalah hanya adik dan kakak sahaja yg konker ini kolam hahaha... tak dak org lain sbb time peak macam neh tak ramai org yg menginap di hotel ini...


3 hari, 2 malam berkampung di hotel ini kami bertolak balik ke Bangi pada hari Selasa lepas. Tidur di rumah 2 malam ajer pastu terus kami bertolak ke Holiday Villa Cherating pula untuk bertamu di sana selama 3 hari 2 malan juga. Next setori yerrr...



Thursday, March 29, 2012

Alahaiii...

Alahai....

Alahaiiii...

Lama betul la tak jenguk di laman sendiri semenjak dua menjak dan bermenjak-menjak neh... emmmm... bukan tak dak masa nak surf tapi setiap malam asyik duk syok layan ustaz azhar, tu yang membuatkan mokcik macam malas pulok nak hapdet... ampun kenkawan...

Seronok dengar ceramah ustaz neh tup-tup tak sedar dah kul 2 pagi...itu sebulan yg lepas la, sekarang hanya sekadar dengar sampai kul 12.30 mlm jer sbb esok pagi ngantuk tak henggat...

Best betul dengar ceramah ustaz neh, lawaknya yg hiperbola, tegurannya sinis dan ada kalanya kasar tapi tepat dengan nas-nas dan ayat Quran. Selain tu boleh jugak mokcik recall perkataan lama dialek ganu asli yg semakin  lama mokcik lupakan sbb dah lama duk key ell dan kawin pulok ngan org perok lagilah mokcik tak praktis base ganu...

Jom kenkawan dengar kuliah ustaz azhar, tak rugi tapi makin bertambah ilmu kita...dapat ilmu free...