Sila Klik Iklan Ini

Thursday, November 24, 2011

AKHIR TAHUN YANG SIBUK

Asal akhir tahun jer sibuk, asal akhir tahun jer sibuk, asal akhir tahun jer kelam kelibut. Sibuk memanjang, tak dak pulok kami dengaq asal akhir tahun jer kami cool, relax, tenang jer spt pepari terbang dlm cite fairy tale tu...siap kuar bintang-bintang lagi...

Asal akhir tahun jer nak kena buat SKT dan LNPT, akhir tahun ne la nak kena pi bengkel, akhir tahun ne lah nak kena pi kursus, akhir tahun ne la nak siapkan segala mak neka report yg ada.

Akhir tahun neh lagi berdouble sibuk bg kami sbb meeting MJA akan ada 2 kali bulan neh, maknanya di sini tuan/puan yang dimuliakan semua paper kena siapkan double dan paper kena present 2 kali dan yg terbaru adalah...

Akhir tahun ne la audit dlm nak dibuat, maknanya tuan/puan yang dikasihi semua kita kena siapkan fail meja dan MPK. Ini tak tambah lagi nak kena siapkan bajet dan laporan tahunan di akhir tahun ini.

Akhir tahun neh juga la nk implemenkan ISO... manyak susah oooo, mana nak dahulukan neh. Tak pe lah kita dahulukan dengan bismilallah jangan dahulukan sesal dahulu pendapatan sesal kemudian sentiasa kerugian...

Bila banyak sgt keja nak dibuat neh rasa macam nk kukus jer komputer neh macam kuih koci, liat-liat, lemak-lemak gitew. Tapi kalu mokcik kunyah komputer yg di stim tu mau 4 hari 4 mlm duduk tak bangun-bangun sbb tak habis-habis lagi dikunyah. Rasanya pulok mesti saling tak tumpah macam rasa selipar jepun yg direbus kan. Pernah rasa ker?

Kalu lah boleh disewa kaki dan tangan encik sotong kureta boleh siapkan byk keja dlm satu minit. Tapi encik sotong kureta pulok tak henggin nk naik ke darat neh. Takut riwayat hidup berakhir dlm periuk cik senah sebelah umah kami neh masak gulai sutung. Ada ker masakan neh?

Kalu ada komputer yg bleh terjemahkan apa yg ada dlm hati dan pikiran kita kan besh, Sekali arah jer dup-dup tak sampai 1 seken semua report siap di print. Kalu ada macam neh mau sunyi sepi donia ni sbb kje bleh dibuat sambil melayan blues tepi ampaian kain jer. Kalu ada macam dlm rancangan jangan lupa lirik tu besh gak... nyanyi jer terus kuar tulisan kat skrin. Kita ckp jer terus kuar tulisan utk siapkan report. Tapi kalu ada betul -betul kang ngeri gak ehh sbb mesti ada makluk mistik alam hitam yg tolong taip pulok kang...

Tetiba teringat pulok kat citer knight rider, kalu ada teknologi cam tuh pun berbunga kembang setaman astakona hati neh. Cakap jer terus keta buat spt diarah. Ahhh rindu la nk tengok citer knight rider tu, knight rider yer kenkawan bukan ghost rider. Korang mesti ingat citer nih kalu korang sebaya umur ngan mokcik ala-ala spesis yg dah nk mereput dah neh, almaklum la terluluhawa dah lama dah berlaku. Cerita neh dulu glamer wooo sama glamer ngan cite Dallas kot.

Kekadang tu jeles gak kat cikgu cekgi kat Mesia neh sbb time akhir tahun neh depa duk bersuka ria, bercuti panjang, pi melancong dan melencong sana sini sinun sebelum sekolah buka. Kakak mokcik cikgu dan selama cuti akhir tahun neh la dia duk kat kg... beshhh yg hamat oooo....

Apapun tak baik mengeluh...syukur dengan kje yg ada tapi mokcik bukan mengeluh cuma wat karangan mukodimah ala ala tesis utk akhir tahun jer skit. Boring malam neh sbb hati duk syok nak tengok si Baddrol tu main, tup-tup mlm neh dia tak main utk skuad olympik pulok. Apsal erk? Ada sesapa tahu dak?

Mokcik suka tengok budak Baddrol neh, muka suci murni macam minyak seri murni jer, pastu dia lah jadi harapan team pada mokcik sbb suka kejar bola, tak suka tunggu bola sampai ke kaki, pastu suka tendang laju-laju dan kuat, tendangan jarak jauh dan byk lagi lah bak kalu dlm keluarga dia boleh diibaratkan sebagai abang sulong la. Tapi frust tak nampak pong kelibat dia dlm neh. Terus mokcik tengok chanel 703 E&O celebrity chef tu, master chef mokcik tak follow kejam sungguh... mokcik tak berkenan ngan rancangan tu sbb pesertanya tak der yang keja chef pong. Tapi mat japih minat benar ngan master chef ne. Dia suka cakap, ibu nk tengok mache cheh ibu. Kalu mokcik tgk pong mache cheh ni siaran ulangan di ujung minggu kalu terkaleh kat chanel tu la.

Dalam E&O malam neh peserta Mesia yg bertudung tu terkeluar, elok ler akak kuar akak oiii tak sesuwei akak di situ sbb depa berparty ngan arak bagai, akak pulok bertudung, tak kena tu akak oiii...Tu belum lagi kalu depa suruh masak encik khinzir bagaimana akak oiii... chef bruce tu memang selalu masak encik khinzir kat chanel ne. Tingat pulok mokcik pada sorang panel di bahagian kami yang bercerita semasa dia sambung belajar kat US dulu setiap hari kena samak tangan selepas kelas kalu lecturer suruh masak encik khinz ini. Ada jer stok tanah liat tak pernah putus dlm loker dia katanya. Punya la susah nak belajar jadi chef ne...

Apa yg mokcik nak citer sebenarnya neh. Terperasan pulok n3 macam rojak penang, sume sumbat dalam satu pinggan. ah tak kesah la, jangan korang pening udah ler...

Apapun takziah untuk kekalahan Mesia 2-0 di kaki Syiria mlm neh. Negara depa tengah berperang huru hara, tembak menembak sana sini pong leh menang gak tu...



Tuesday, November 22, 2011

PUDING CENDOL BERSANTAN

Hari ini sana sini san sume orang duk gebang pasal bola. Pagi-pagi lagi kami dah jadi pengulas sukan selepas acara sukan, time sukan berlangsung kami jadi coach depan tv, tapi coach neh lain mcm skit sbb player tak ikut ckp kami pong hehehe.

Tahniah kepada team Mesia kerana berjaya kalahkan musuh kita yg sememangnya musuh dlm segala byk hal. Syabas kerana berjaya bawa pulang ibu segala pingat dlm sukan ini. Tapi mokcik masih tak puas hati tengok sorang striker tu main. nama jer striker tapi tendang penalti pun tak masuk. Camner la coach bleh letak harapan pada dia. Pengulas sukan kat arena pun ckp tendangannya lemah dan dia byk  mensia-siakan peluang gol yg ada dan byk lagi la komen tak puas hati pengulas tu...mokcik setuju sesgt, sib baik dia bukan player negeri mokcik, kalu dak mau kena sumpah 14 harakat lagi.

Sukan ni pun dah habis, jom mengetatkan tali perut kita pulok. Mai lah tengok resepi yang mokcik ngetest  ini. Resepi ini mokcik cedok dan diadaptasikan dari resepi puding cendol Chef Haniliza. Mintak izin yer chef mokcik tempek resepi di sini utk dikongsi bersama dan mokcik mintak maap skit sbb penderhakaan telah dibuat iaitu mokcik tak pakai gula melaka pun dan mokcik tak pakai susu cair, mokcik pakai santan kotak jer. 


 Puding cendol bersantan




Bahan-bahan:
1/2 paket agar2 
3 gelas air
1 cawan gula
1 cawan susu cair (mokcik ganti ngan santan kotak)
2 cawan cendul
1 cawan gula merah (mokcik tak letak pun, mokcik letak pes pandan jer)
Sedikit pes pandan

 Cara Masak:
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendideh.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi. Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Bahagian pertama dimasukkan pes pandan.
5. Kacau rata dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti tidak melekat.
7. Bahagian kedua dimasukkan santan dan cendol.
8. Kacau rata dan biarkan mendidih. Tuangkan perlahan-lahan atas adunan pes pandan yg telah sedikit sejuk dan biarkan mengeras.
9. Hidangkan

Monday, November 14, 2011

EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Selamat bersua kembali setelah sekian lama dan sekian kalinya seperti kebiasaan dan kelazimannya mokcik memulakan acara menyepikan diri lagi. Kali neh agak lama juga dari sebelum raya sehinggalah dah seminggu opss dah nak masuk 2 minggu dah pun selepas raya korban.

Seperti biasanya laa kalu lama tak singgah sini dan lama tak wat blog walking tak lain tak bukan disebabkan mokcik sedang mengalami dan sedansg menghadapi jiwa kacau. Ahh alasan biasa ko mokcik oiiii...tak dak alasan lain yg lebih gempak skit ker...

Minggu neh lagi kacau bilau bilu jiwa mokcik sbb byk laporan nak kena siapkan dan nk kena present, emmm gayanya kena stayback la hari-hari mendatang neh...

Lupakan sekejap jiwa kacau bilau bilu itu, jom kita tengok resepi kek cekelat yg amat lazat ini. Kek ini amat mudah disediakan tau, tak perlu pakai butter atau telur pong tau.. jom cuba reramai, tak nyesal kalu cuba...Tak caya tanya Dr. Ina sbb mokcik cedok resepi neh kat blog dia...mintak izin yer doc. mokcik cnp resepi kat sini, tapi mintak maap jugak pd doc sbb sedikit penderhakaan terhadap resepi neh mokcik telah zalimi.

Dua hari berturut-turut mokcik wat kek ini. Hari pertama buat bila dah siap bakar jer kek neh terus zhafif dan ibunya yg tak serapa nk kurus sekarang neh makan dengan ayu dan sopannya tetapi sedikit lahap sampai habis separuh kek tu kami bantai time mengopi pepetang hari di depan laman rumah sambil tunggu ayah blik keja dan sambil duk perati  budak-budak anak jiran kayuh beskal pepetang neh. Zhafif boleh habiskan  3 ketul sekali mkn kek ini.

Hari kedua buat lagi kek ini sbb zhafif mintak lagi, ibu tak der kek ker katanya... tu dia kami boleh habiskan 1 kuntum kek satu hari wooo...Agak sopan kalu guna satu kuntum berbanding kalu mokcik tulis 1 biji kek nampak sgt kami gelojoh mkn kek kih kih kih. Tapi kek ni memang tak berapa besar pun sbb pakai 1 cawan tepung jer... Jom kita perati resepinya


Kek cekelat tanpa telur




 
Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam* (serbuk koko lain pun boleh)
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung (mokcik pakai butter yg dicairkan dlm microvawe jer)
  • 3/4 cawan air kopi panas (mokcik pakai kopi 3 in 1)
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon
Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam. (pastikan air kopi btl2 panas)
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
Jemput makan