Sila Klik Iklan Ini

Friday, July 22, 2011

SOPING TAK PAKAI DUIT

Adakah korang percaya ada satu kekdah soping yg amat bahagia sekali di dunia ini iaitu soping yg tak perlu guna duit atau kad kredit, kita boleh dapat barang yang diidamkan hanya dengan percuma sahaja.

Kalau tak caye silalah majukan diri anda ke midvalley untuk buat transaksi pembelian ini, syaratnya cuma satu iaitu anda hendaklah mempunyai penjumlahan dan pengumpulan points yang byk dan mencukupi dalam akaun kad kredit maybank anda. Pastu silalah rapatkan diri anda ke sini utk redeem.

Mokcik perstime datang sini, sebelum neh redeem point ikut online sahaja, rupanya bila dtg sini besh yg teramat besh sekali weyyy...macam-macam ada...rugi sesapa tak dtg, kalu lah hari-hari soping cam gini mokcik ingat mau aman donia neh sunyi sepi tak dak kes jenayah lepas neh? 

Kalu tak salah setakat neh hanya maybank ajer yg buat fair sebegini rupa bentuknya, bank lain mokcik tak perasan lagi ader ke idok?Ataupun dah ada cuma mokcik ajor tak tau. Bonus link pun ader ker wat fair cam gini?  Entahla mokcik tak arif dan bijaksana dalam hal sebegini.

Point yg mokcik ader dlm akaun tak der lah ramai sangat cuma ada hampir 48k sahaja. Tapi ada sorang kwn kita tu ada ratus riban hokay, macam panel yang pi ngan mokcik neh pun redeem point nya jugak ada dlm ratus riban tau.

Tetiba jer mokcik leh terjebak ngan panel neh utk pi sana, terus jadi member in crime yg baru neh. Apa yg panel neh redeem ngan point ratus riban adalah 2 luggage bag  yg gabak punya besar, 2 dvd player dan satu back pack, bebaloi-baloi lah.

Mokcik ada tanya dia camner dia bleh collect ratus riban point tuh, katanya semua bil dia buat auto payment ngan kredit kad neh, so tak perlu susah-susah nk pikir byr kat bil kat macam-macam kaunter, lagi satu tak perlu pikir due date bil atau terlupa byr dan sebagainya sbb dah masuk akaun mayabank hanya perlu byr satu kad kredit maybank sahaja.

Emmm idea yg bernas neh sbb kalu dikira amaunt yg dibyr cash pun akan sama gak amaunt yg dimasukkan dlm maybank kredit kad neh, cuma jangan ada outstanding lah kalu dak kena xtra financial charge pulok nanti.

Ni kena berguru ngan Kak Kherun gak neh, macam mana pulok kekdah yg dia buat utk collect point yg byk. Jom kita lihat apa yg mokcik rembat ngan 48k points itu.



Pintu masuk kat exhabition hall midvalley


Punya la ramai umat manusia


Ada 3 hall semuanya, mokcik hanya pi hall 2 dan 3 sahaja, hall 1 lalu jer tak larat nk singgah sbb penat pakai high heel...


Ini hasil rembatan pertama, handbag 27k


Ini wallet utk en, suami 7k sahaja sbb ada diskaun 70%.  Okayla utk kali neh, next time bleh target utk ipad ke, ipon ke ipod ke camera ke, tv ker, tapi kena la ada strategi cam ner nak collect point semaksimum mungkin slepas ini sbb mokcik sudah rasa nekmat dunia soping tanpa kuar duit neh...

Friday, July 15, 2011

KARANGAN TERBUKA BUAT...

Aku terpanggil untuk ku titipkan karangan di sini buat seorang teman yang telah meninggalkan kami hari ini. Walaupun aku bukan sahabat karibmu malah bukan juga BFF mu namun aku tetap merasai kehilangan seorang teman yang telah dikenali selama 9 tahun 5 bulan.

Sahabatku Sumi,
Ku zahirkan maafku di sini setelah aku dengan tidak sengaja pernah mengguriskan hati kecilmu dalam satu meeting. Aku akui aku memang aku insan lemah yang sering membuat silap dan aku sering tidak dapat mengelakkan diri dari membuat kesilapan. Maafkan aku jua andainya aku tersilap kata terlebih gurau sepanjangan perkenalan ini. 

Teman ku Sumi
Ketiadaan mu hilangnya ceria kami. Hari ini tiada lagi senda guraumu, tiada lagi hilai tawamu, tiada lagi senyum ceria mu di sini. Hari ini tiada lagi suara pekikmu, tiada lagi kelibat mu mundar mandir di sini. Sumi sudah tiada lagi di sini...

Rakanku Sumi,
Ketiadaan mu satu kehilangan buat kami. Semalam ku perhatikan dari jauh jejak mu yang terakhir di tingkat ini sambil dengan berat hati ku lihat kau melangkah ke lift di tingkat 13 meningalkan kami. Semoga kenangan bersama sahabat di tingkat ini tidak kau lupai seperti hilangnya jejak mu itu.

Kawanku Sumi,
Kehilangan mu adalah satu kerugian buat kami. Kehadiranmu di tempat baru pasti akan menceriakan suasana di sana dan pasti akan menjalinkan ikatan persahabatan baru bersama rakan di sana sedangkan kami kehilangan seorang kawan yang penuh potensi, penuh dedikasi, penuh komited dan penuh semangat.

Temanku Sumi,
Ketiadaanmu pasti diingati. Rindunya aku pada spageti bologne hasil air tangan jejari mu yang runcing, teringinnya aku pada puding koktel buah yang gebu dan lembut itu. Siapa lagi yang akan tolong memintal popia simpul time rehat di bulan puasa selepas ini?

Rakanku Sumi,
Kehilanganmu pasti rindui. Bulan puasa yang bakal tiba ini pasti kami teringat kan kau lagi. Di bulan puasa di kala kami semua berpuasa kau pun sibuk sama berpuasa. Hatta jika kau tidak berpuasa sekali pun kau takkan makan di depan kami demi menghormati kami. Di kala kau vegi pula maka sibuklah kau duk membelek ingredian pada pembungkus makanan dan roti.

Kawanku Sumi,
Tiadanya kau di sini hilanganya seri kami. Siapa yang akan menggantikan kau mengajar kami menari selepas ini. Siapa yang akan gantikan kau mengajarkan kami line dancing selepas ini. Siapa yang akan gantikan kau menjadi instruktor senaman semasa kursus atau semasa famili day selepas ini. Dan adakah masih ada lagi senamrobik di tingkat 12 setiap Jumaat selepas ini setelah perginya Sumi.

Sahabatku Sumi
Perginya kamu adalah satu kehilangan pada kami. Kami ternanti-nanti adakah kami akan mendapat lagi  seorang sahabat yang semirip tingkah laku dan bakat sepertimu.
Kawanku Sumi,
Kaulah sahabat yang unik. Kalau di google namamu macam-macam search result yang keluar. Tetapi kaulah the one and only Sumatra.

Temanku Sumi
Abadikanlah kenangan persahabatan kita selamanya di kotak fikirmu,di benak minda mu dan di ceruk hati mu.

Dari jauh ku renung jejak Sumi dan hari ini jejak itu tiada lagi....


The one and only Sumi...

Thursday, July 14, 2011

ANAK ANDA NAK JADI APA?

Anak mokcik yg sulong memang semenjak 2 menjak neh asyik duk cakap nak jadi polis jer...Alahai kak tak dak kje lain ker yg lebih ko minat dan tingin skit ke kak ooiii dari jadi polis neh. Terus ayah cakap tak per jadi polis tapi kena jadi penguasa polis...wahhhh demand gituh en. suami tau. Apa ingat boleh main petik jer nak pegang jawatan tu.

Tapi kan masa ibu kecik-kecik dedulo time sekolah rendah memang polis lah cita-cita idaman yg paling luhur dan suci murni di jiwa tau, semua kenkawan pong duk pakat nak jadi polis hokayy, minat yg hamat tau. Nak pulok terpengaruh tengok citer cina petang-petang atau citer cina yg lawan-lawan yg ada inspektor inbestigation itew.

Pastu bila citer Ren Hane Koma (betul ke eja cam ginih) melanda tanah malaya maka kami pong duk sibuk nak jadi wartawan pulok, siap ada buku scrap yg kami duk tulis rencana kat TV1 tau, dedulo memang ada rencana yg tv1 duk siar lupo dah hari apa.  

Pastu cita-cita beralih nak jadi DO pulok. Malangnya tak kesampaian jugok der...jadilah sekarang neh menjadi pekerja yg  sebenarnya tiada dalam catatan buku kunci kira-kira hidupku... apa pong mokcik bersyukur sangat dengan rezeki yg diberikan...

Beberapa hari nan silam mokcik ada pi visit ngan sorang pilot neh, dah pangkat Majer dah pong panel neh. Dia cakap dia pong tak sangka jadi pilot tau. Masa dia pi interbiu dulu target nk jadi askar melayu sahaja. Dalam borang tu pong bila ditanya pilihan dia hanya tulis  pilihan pertama askar melayu, pastu pilihan kedua ranjer.

Dia duk risau takut tak lepas interbiu sbb duk terbayang hinggap lah kayu api kat belakang nanti sbb ayahnya dah pesan pi interbiu jadi askar dan jangan balik kalu tak dapat jadi askar. Maklumlah katanya famili org susah dan adik beradik ramai pulok tu. Tapi bila keputusan keluar terkejut dia bila tengok dia berjaya dan ditulis Royal Airforce, candidate for pilot. Ahhh sudah katanya...apo bendo neh ehh? Majer neh org nogori.

Ceritanya lagi nk jadi pilot kena pandai cakap omputeh. Zaman dia dedolu memang susah nk belajar omputeh sbb depa neh kena tido kul 11 tak leh stay back utk baca buku. So apa yg dia buat adalah setiap hari amek paper NST yg org dah tak mau baca pastu bila lampu dah ditutup dia baca paper tu dalam selimut hijau askar dengan lampu suluh di tangan supaya tak dpt dikesan, kalu dak nanti kena marah ngan warden.

Punya la Majer neh sungguh gigih berusaha utk terra ckp omputeh, berbeza ngan kita skrg yg diberi penuh kesenangan dan kemanjaan neh pong mokcik masih tergagap-gagap usaha ke arah ini. Time rajin baca, time malas jangan kata nak selak buku, rupa paras buku pong tak tau duk mana...

Sekarang neh Majer neh dah bersara dengan rekod 7000 jam penerbangan dan katanya semua pesawat dia dah bawa dan semua barang dia dah hangkut katanya termasuklah mayat.

Berbalik kepada kesah kakak neh, petang tadi pong semasa amek kakak dr sekolah time dalam keta kakak duk citer lagi pasal dia nak jadi polis neh.

Kakak: ibu neh asyik dengar lagu org putih jer
Ibu : Kakak, kita kena pandai cakap org putih, nanti senang nak dapat kerja bila besar nanti tau.
Kakak: Kakak nak jadi polis jer ibu...
Ibu: Jadi polis pong kena pandai ckp omputih gak, kalau dak macam mana kakak nk siasat penjenayah org mat salleh nanti
Kakak: Tapi kan ibu, kawan kakak cakap jadi polis cepat mati, betul ke ibu?
Ibu : Kakak, mati tu semua org akan rasa, kalu sampai masanya kita semua akan mati dan...

terus mokcik bagi kuliah senja pada kakak pasal mati,



Friday, July 8, 2011

PULUT MANGGA

Jom makan pulut mangga...

Almaklum lah tengah musim buah sekarang neh, jangan disia-siakan peluang yg dtg neh. Buah mangga neh mokcik beli sampai 3 kilo, apa lagi kembung perut mkn manggalah kami, selain diblend buat air kami juga mkn mangga bersama pulut time minum petang.

Bagi penggemar pulut nekmat oooo... Ini kali pertama mokcik mkn pulut cam ginih, kalu pulut durian tu dari kecik dak selalu sgt mkn. Kat Perlis ni lah makanan kegemaran depa... harumanis yg teramat harum dan manis ting ting itew...


Pulut mangga

Bahan-bahannya adalah:
  • 2 cawan beras pulut
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu makan gula
  • santan secukupnya
  • beberapa helai daun pandan
  • 2 biji mangga dikupas dan dipotong

Cara masak pulut adalah menggunakan kekdah masak microwave:
  • Basuh dan bilas beras pulut
  • Masukkan dalam bekas yang tahan microwave
  • Masukkan santan secukupnya (agak-agak sehingga pulut tenggelam sahaja, jangan terlalu banyak santan nanti pulut akan terlebih lembek).
  • Masukkan gula, garam dan daun pandan, kacau
  • Letakkan bekas berisi pulut dalam microvawe dan masak menggunakan masa selama 2 minit dahulu, seterusnya sambung 2 minit lagi dan 2 minit lagi, kalu pulut masih tak masak tambah 2 minit lagi.
  • Bila pulut dah masak hidang bersama mangga yg dihiris dan sedia utk dimakan.


Jemput makan


Thursday, July 7, 2011

KEK LAPIS SARAWAk

Minggu lepas mokcik ke bumi Sarawak setelah agak lama tak ke sana dalam 2-3 tahun kot. Ada perubahan sikit pada tebing sungai di seberang sana nun... tempt mkn yg lebih selesa dan cantik telah dibina... bagus-bagus...tak susah dah kalu nak ketatkan tali perut time dtg sini. 

Mokcik gemar kalu jejak kaki ke Sarawak neh sbb bleh beli macam-macam. Nak pulok kalu berpeluang pi pasar malam depa macam-mcam benda yg tak pernah jumpa kat semenanjung neh kita bleh jumpa di sana. Jangan kata barang-barang pelik ada dujual, buah-buahan dijual pun pelik-pelik jugak. Ya lah pelik pada kita tapi tidak pada penduduk di sini. Agaknya kalu depa dtg sini pun mesti kata kita jual benda-benda pelik gak kan?.

Kat sini makanan dia mokcik tak berapa nk boleh masuk sangat sbb depa punya makanan kebanyakan adalah tawar tak dak pedas. Kalu sambal tu depa masak tak pakai cili pong, pakai sos tomato jer, tapi ada ikan terubuk masin dan umai sudah cukup kalu di makan ngan nasi panas-panas.

Apa yg besh nyer dtg sini kita bleh beli macam-macam, ada ikan terubuk masin, sayur midin, tikar dan pelbagai kraf, kain pua, lada hitam, kuih cincin, tabaloi. gula-gula lada, gambir, kopi sarawak, kek lapis sarawak dn macam-macam lagih lah, kang kalu tulis semua kang jadi kementerian pelancongan pulok kang...

Mak ai panjang nyer karangan intro, sebenarnya mokcik nk citer pasal kek lapis sarawak ajer pong hehehe. Kalu di sini depa panggijlkek lapis neh ngan nama kuih ajer. Kek lapis yg mokcik beli neh spesel skit sbb direkeman oleh staf di kolej yg kami visit. Kali neh mokcik tak beli kek di seberang sungai seperti kebiasaan tapi kami beli di kg Matang dlm 20 - 30 minit kot drive dari Kuching. Sekali try kek neh pasti tak mau dah kek yg dijual ditepi sungai nun. 

Kek spesel neh bleh tahan 6 bulan kalu letak dlm peti ais berbeza ngan kek yg biasa dibeli ditepi sungai tu bleh tahan dalam 3 minggu jer dlm peti ais. Kek ni dibuat menggunakan butter dan utk sebijik kek akan guna telur kuning sahaja sebanyak 22 bijik wooo. Yang sadis nya kek neh mengambil masa 2 hari utk siap sbb lapisan coraknya perlu digam dengan jem apple dulu sebelum  boleh dibakar semula. Kata tukang buat kek neh hanya jem apple sahaja yg bleh lekat kek ni, dia dh try byk jem tapi jem apple juga yg bagus sbb dia melekat elok dan tak terburai time dipotong.  Kalu mokcik lah der usaha lah nak siapkan kek neh sampai amek masa 2 hari. Jangan kata 2 hari, 2 jam pong dah panas pale hotak, rasa cam nk bakar jer dapur tuh kalu lambat siap, hazab oooo... 


 Mokcik beli 6 ketul jer, utk jiran dan bebudak opis, ketulan selebhnya adalah utk dilalukan ditekak kami sendiri hehehe...


Ni bentuk dam perisa cekelat


Yg neh dilapis ngan perisa rasberi


Ini perisa pandan


Kang ada rupa daun pandan tuh...



Saturday, July 2, 2011

KARANGAN BUAT...

Sambungan...

Hari ini dah tak emo lagi dah cuma finding nemo jer. Kalu semalam emo sampai tahap cakar dinding lah sampai leh wat silent komidi bersama kumpulan jamban yg turut dianggotai oleh dot dot...hehehe... ampun tobat kena sembur ngan geng jamban sat gih neh...

Untuk bos yang baik budi...
Mokcik secara peribadi menyusun jejari yang tak berapa nak runcing bak jejari kentang neh memohon kemaafan atas kesalahan fahaman yang timbul. Mokcik terima segala keputusan bos walaupun dituduh biadap, sbb itulah hukuman karma yang terpaksa kami terima atas kejahilan kami...(macam pejal tahir pulok doh)

Bos yang kami hormati,
Bukan niat mokcik nak belakangkan bos, kalu lalu belakang bos tu biasa sgt time meeting MJA. Bos percayalah ini semua cuma salah faham ajer. Mokcik ingat peg bahagian lain pong sama kekdahnya cara permohonan seperti  yg kami buat neh sbb fahaman kami emel yang dihantar itu adalah bertujuan untuk merisik sahaja dulu, kata putus akhir adalah dari bos sendiri kerana borang perlu diisi kemudian bukannya semasa time merisik tersebut.

Bos yang amat prihatin,
Mokcik terima segala keputusan bos sbb "Boss is always right". Apa hak mokcik nak sanggah keputusan bos nak pulok ni semua salah mokcik kerana terlalu exited nak mohon sampai terlupa daratan bak hanyut di lautan cina selatan.

Bos yang disanjungi,
Mokcik faham akan keputusan bos yang mana tulang tenaga kerja 40 kerat mokcik lebih diperlukan di sini berbanding pergi ke sana. Tapi kalau bos benarkan kami berempat ke sana pong kekuatan unit kita masih terserlah dengan jitu dan gagah perkasa sbb jumlah anggota peg yang masih tinggal di sini masih berjumlah 13 orang untuk meneruskan kerja-kerja askar-askar pi belayar. Tapi apa kan daya bukan jodoh pertemuan mokcik untuk ke sana.

Bos yang baik hati,
Mokcik secara halusnya amat bangga ngan keputusan top mgmt neh. Sepatutnya bos pun perlu bangga spt kami jugok. Sebab mokcik bangga sangat adalah inilah julung dan julang kalinya keputusan top mgmt utk hantar peg paling ramai ke obersea dari kita. Maksudnya peg unit kita neh dah capai tahap pisang montel yg panas baru kuar dari kuali, sbb ramai yg berpotensi dan terpilih. (ini adalah ayat riak, peg unit lain silalah jeles secara berjemaah yer)

Bos yang disayangi,
Mokcik sudah boleh tenang dengan segala keputusan bos, sbb bos mesti sudah fikir yang terbaik untuk mokcik. Jasa bos pada mokcik tak terbalas, walaupun mokcik amat gemar makan ketupat palas. Cuma mokcik rasa ralat skit sbb peristiwa sedey neh berlaku pada hari pertama lapor diri... uwaaaa tetiba rasa nak cakar dinding balik...kena cari geng jamban dulu...

Bos yang baik budi,
Mokcik redha keputusan bos ini, mokcik akan kerja lebih keras kejung lagi dan akan beringat supaya kesilapan sebegini tidak akan berlaku lagi. Walaupun bos kata program neh ada setiap tahun tetapi peluang yang datang bukan senang nak dirembat, bukan senang nak disambar. Belum tentu tahun depan mokcik ada kelapangan untuk ke sana. Ya la kot-kot kan ter ada baby ker...hehehe. Apa pong mokcik terima segalanya ini...Sbb:-

1. Ada hikmah disebalik semua ini.
2. Bukan lagi rezeki mokcik untuk kali ke 3
3. Usah dikenang pada yg bukan rezeki kita...

Sekian...


Friday, July 1, 2011

1 HB

Hari ini 1 hb bermula tugas baru yang perlu digalas, digilis dan digiling dengan penuh tanggungjawab. Tanggungjawab untuk memenuhi ekspektasi depa walaupun bleh ketaq gigi sampai lutut dan buku lali mokcik untuk capai impian ini.

Namun sebaliknya berlaku, hari pertama penuh ke coi an...sedeh sangat weyyy...

Last mokcik pi adalah ke Yemen tahun 2006 dedolu, itu pun join pameran ngan kementerian jer. Pastu konon bleh pi Botswana tapi tak jadi pulok dan tahun berikutnya tercalon dapat ganti kawan untuk ke Hong Kong tapi last minit org Hong Kong kensel pulok 

Terkini iaitu semalam calon yg berjaya pi internship ke Jepun tapi halangan dari bos pulok. Bahagian kami ramai yang akan pi.. dia hanya lepaskan dua orang sahaja ke sana. Alahai sedih sangat, bukan senang peluang nak datang dan bukan senang kami nak dapat... namun rezeki penentu segala.  

Tidak dinafikan ada kalanya kekecewaan itu boleh membuatkan kita down seketika. Emmm rasa nak jadi macam Cik Sumi pulok pi cari peluang kat tempat lain... wahhh tak kan sampai begitu sekali? Kak Mask sila jangan gelakkan kami sbb dah terpikir lagi sekali neh nak cari peluang kata tempat lain kalu cam gini lah gayanya. Kata pembangunan kerjaya, tapi kalu peluang disekat-sekat tidak akan membawa erti. Bila tengah emosi memang terpikir perkara macam - macam neh...

Akan bersambung ke n3 akan datang...