Sila Klik Iklan Ini

Thursday, September 30, 2010

PUDING KARAMEL

Mari kita lihat bebahan untuk buat puding karamel ini, peberat mokcik nih... 

Puding ni acara wajib semasa bulan posa ari tu. . Dalam bulan posa ari tu 4 atau 5 kali mokcik buat puding karamel ni. Mokcik buat spesis bakar dan spesis kukus hanya dibuat sekali jer. Sebabnya mokcik lebih gemar spesis bakar kerana tekstur lebih pejal dan lembut. Nak masak pun tak yah nak tunggu atau nak tengok selalu, biar je dia duk diam-diam dalam oven jer...tup-tup cukup 40 minit angkat keluar.

Kang amat senang tu yer adik kakak semua. Hari bekerja pun bleh buat, tak payah nak tunggu hari cuti jer baru nak buat. Mokcik balik opis pun sempat masak puding ni untuk berbuka tau. Oleh kerana kerap sangat buat puding ni maka mokcik yang tukang buat, mokciklah yang tukang perabihnya jugakk...hohoho

Bahan-bahan 
  • 400ml susu segar
  • 5 sudu gula halus
  • 5 biji telur
  • Beberapa titis esen vanila
  • 1 sudu kecil tepung kastard. 
Karamel
  • 9-10 sudu gula
  • 1/2 cawan air

Kaedah Membuatnya
Untuk Karamel:
1.  Masukkan gula ke dalam periuk dengan sedikit air sahaja dlm 2 sudu je (air dari 1/2 
     cawan  tu yer).
2.  Masak di atas api sederhana. Bila gula jadi perang dan berbuih masukkan lebihan air
     yang 1/2 cawan tadi.
3.  Masaklah sehingga perang dan tuang ke dalam loyang.
4.  Ketepikan.


(Tips: Tujuan memasak gula bersama 2 sudu air adalah untuk mengelakkan gula cepat hangus dan pahit. Tapi masak menggunakan kaedah ini agak lambat skit gula nak bertukar menjadi karamel berbanding masak gula sahaja.

Cara Memasak
  • Masukkan kesemua telur dalam mangkuk dan pukul sedikit sahaja supaya semua telur sebati. Jangan pukul terlalu kuat atau lama nanti telur berbuih.
  • Dalam periuk lain panaskan susu bersama 5 sudu gula dan beberapa titis esen vanila. Kacau perlahan.
  • Masukkan 1 sudu kecil tepung kastard kacau perlahan supaya tidak berketul-ketul. Panaskan seketika sahaja jangan sampai susu mendidih.
  • Masukkan sedikit demi sedikit telur yang telah dipukul tadi sambil dikacau supaya telur boleh sebati dengan mesranya dalam adunan susu.
  •  Angkat, tapis dan tuang adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  • Bakar selama selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Pastikan loyang karamel dimasukkan dalam bekas yang berisi air panas sebelum dimasukkan/ dibakar dalam oven. Jangan lupa step ni, kalau tak, tak menjadi karamel anda nanti dan juga pastikan anda menggunakan air panas, kalau guna air sejuk kang tak menjadi plak nanti.
  • Bila dah masak sejukkan dulu baru boleh ditelengkup dalam bekas lain untuk dihidang. 

Thursday, September 23, 2010

AIS KRIM GORENG

Kali ni mokcik nk tunjuk pada kenkawan, adik kakak semua cara-cara nak buat aiskrim goreng. Kalu kat Ganu spesis makanan ni amat glamer skali sehingga ada dijual di merata pasar malam.ni. Nak-nak plak airkrim goreng yang ada kat UiTM Dungun nun, glamer sungguh ehhh. Walaupun mokcik bukan student UiTM pong tapi selalu gak mokcik pi menyemak kat area situ, lepak kat Teluk Gadong yang nyaman nun time kali balik ganu...

Okay la berbalik pada kesah aisekerim goreng ni.

Bahan-bahannya adalah: 

  • Aiskerim (apa-apa perisa pun bleh, mokcik guna vanila je sbb paberat nihhh)

  • Roti putih beberapa keping

  • Minyak untuk menggoreng

  • Telur

  • Serbuk roti
Cara-caranya adalah:
Mula- mula letakkan ais krim atas roti dulu


Pastu letakkan pula sekeping lagi roti di atas untuk menutup aiskrim tersebut dan tekup dengan cawan untuk menjadikan bentuk yg bulat. Mokcik guna senjata cawan jer sbb tak der senjata lain yang lebih sesuai untuk membulatkan roti ini.


Celup dalam telur yang telah dipukul sedikit


Gaulkan dengan serbuk roti. Serbuk roti ni mokcik beli di kedai bakery jer.


Goreng seketika, jangan terlalu lama tau


Angkat dan sedia untuk dimakan


Kena makan cepat-cepat time pepanas lagi sbb nanti aiskrim cepat cair. Emmm lazat sungguh ehhh...

Wednesday, September 22, 2010

KOLEKSI LAWAK KAKAK LAGI

Salam Syawal...

Masih mood raya noo...

Hari ni mokcik nak setori pasal lawak kakak. Musim-musim perayaan ni pun masih ada lawak gak tau.

Lawak 1
Situasinya kakak tengah tengok karton sambil terbaring depan TV.
Tetiba adik datang dan panjat atas perutnya. Adiknya pun satu perut kakak nak buat cam perut ayah... mana boleh...
Kakak terus menjerit dan cakap

Kakak: Adik turun la, sakit ni.

Adik buat der ajerk sebaliknya makin melompat-lompat lagi atas perut kakak. Kakak semakin hanggin.

Kakak: Adik! kakak naik darah ni... turun cepat.. Kakak naik darah lagi ni...

Kami semua gelak, mana la dia dapat perkataan naik darah tu...terus dia tolak adiknya sampai tergolek-golek jatuh... pastu apa lagi terus wat drama air mata la adiknya..

Lawak 2
Situasinya semasa kami sedang tengok buletin utama.

Mokcik: Ibu rasa nak pergi makan angin la, lama dah tak pi makan angin
Kakak: Kakak tak nak makan angin, nanti sakit perut.
Mokcik: Hohoho... apa la kakak ni... makan angin ni pi bercuti dan jalan-jalan la kakak oiii, bukan makan angin yg ada ni.
Kakak: oooo...kakak nak makan jugak lah.

Lawak 3
Situasinya semasa hari raya di kampung. Ramai sedara mara kami tanya pasal gigi kakak yang dah rongak kat depan nun...

Mak Adik: Kakak kenapa gigi kakak tak der kat depan tu? tak cantik la nak raya nanti
Kakak: Gigi kakak pergi kedai beli sayur la.
Mak Adik: Mana ada gigi bleh pergi kedai.
Kakak: Ada. Ibu! lamanya gigi kakak pergi kedai, tak balik-balik lagi.
Mokcik: Kakak-kakak, kartun mana la yang kakak tengok ni... gigi pi kedai.

Lawak 4
Situasinya di rumah opah di waktu pagi. Setelah mandi mokcik tukar baju dan pakai T-shirt lusuh dan berkain batik ajer. Almaklumla uniform kat kg la katakan, mokcik ni kang pencinta kain batik yang berjaya time kat kg. Tetiba kakak pandang mokcik dan cakap

Kakak: Ibu ni macam makcik power la
Mokcik: Makcik power?
Kakak: Makcik power Kepaww tu.
Mokcik; Ooo, macam makcik power yer, kakak nak tengok ke ibu jerit macam makcik power tu...
Kakak: Tak nak- tak nak...


 Gambar sekadar hiasan. Gambar lama ni, sajer nak tayang gigi depan kakak yang masih ada. Tinggal kenangan doh pong...

*tetiba jer mokcik masih duk pikir-pikir lagi nak buat open house idak? rumah tak cantik lagi weyy dan tak siap-siap lagi ni...almaklumla kontraktor WNG jer. Cam segan ler pulok nak ajak kenkawan datang. Member lain kat unit mokcik ni dah duk booking tarikh dah memasing supaya tak clash.

Wednesday, September 15, 2010

SALAM AIDILFITRI

  
Syawal mulia menjelang kini
Salam kemaafan  kami susun sepuluh jari
Mohon keampunan agar dimaafi
Andai kesilapan pernah terjadi

Semoga Lebaran ini membawa seri
Penuh kebahagiaan seribu erti
Mensyukuri nikmat kurniaan Ilahi
Selamat meraikan Aidilfitri
 
  Ikhlas daripada kami :
  - Mokcik ceni
  - En. Suami
  - Dhia Mifdhal Aqilah
  - Muhammad Mifdhal  Zhafif