Lama betul la rasanya tak jenguk apa lagi nak singgah di sini. Laman kenkawan atau laman dapur mereka pun dah lama benor rasanya tak diketuk... kesian saya,
Kenapa jadi cam ni ekh? Selalunya alasan biasa yg digunakan adalah bizi tahap gaban, itu sememangnya lah..alasan standard katakan. Namun begitu ada lagi alasan yang bisa membuatkan semua urusan terbantut atau menjadi beku atau tersawang iaitu jiwa kacau...
Bila jiwa kacau sudah pasti semua urusan menghapdet ini akan tergendala dan terbengkalai macam yg terjadi pada ku ini. Ditambah pulak seminggu demam dan batuk tak baik-baik, lagi la menjejaskan kegagahan fizikal dan mental utk meninjau laman blog sindri apa lagi nak terjah laman blog kenkawan.
Pejam celik hari ni masuk minggu ketiga kami di Bangi, pantas sungguh masa berlari... dan 3 minggu juga rumahku masih tak siap-siap, masih bersepah-sepah sana sbb belum siap berkemas lagi... Nak ajak kenkawan dtg pun malu yg amat sbb rumah tak siap lagi weyyyy. Bila nak siap tu ekh? Entahlah... sukar untuk dijelaskan...
Sedangkan aku pulak masih terhegeh-hegeh nk sesuaikan jalan di Bangi. Kalu dulu sat je dalam 8 minit dah sampai opis tapi skrg nak kena hadap 2 tol lagi, nak kena hadap jem yg panjang berkilo-kilo meter lagi nun... aduhai naik krem kaki duk menekan minyak dan brek... (gini la budak-budak baru nak belajar, serba tak kena dibuatnya...)
Anak-anak plak nampak hepi je kat nursery dan sekolah baru... cam tak der masalah je. Harap semua akan ok, penat tau nak pindah-pindah nursery ni, penat nak lihat keserasian anak-anak ngan kenkawan dan cikgu dan juga penat nak kuarkan duit utk pendaftarannya tu yg kurang ketahanan dibuatnya tu...
Sepanjang laman blog ku ini tak terhapdet sebenarnya banyak peristiwa yg menyayat jiwa sebenarnya telah berlaku... Yang paling penting kamera ku sudah jadi arwah... Kejadian itu berlaku pd satu malam yg hening, kemeraku jatuh lalu membuatkan skrin nyer pecah... maka tinggallah kenangan, baru 2 tahun usia kamera itu...Dan tak bermaknalah dunia blog ku tanpa kamera.
Selain tu ada juga kejadian lain yg lebih menyentuh jiwa untuk tatapan umum telahi berlaku pada kami iaitu:
Demam satu famili
Pindah rumah dalam keadaan demam, sadis ooo... sib baik ada abg lori yg berhati mulia tolong packing dan angkat barang smpai habis. Kerja keras gak la depa berdua sbb brg kami penuh satu lori 5 tan tu. Itu pun byk brg lama yg kami tinggalkan almari, separuh sofa dan rak-rak sengaja dibiarkan di rumah lama...
Si Japih pulak panjat mesin basuh tetiba kena dihempap ngan mesin basuh, sib baik mesin basuh kosong...Aku pulak selalu nyanyikan lagu ni pada dia "Puas-puas atas bukit, Japih buah dapat sakit"..
Skrg ni Japih kena alergi satu badan, merah-merah dan gatal-gatal tak baik-baik lagi...Dah seminggu lebih dahh...kesian tengok di asyik duk menggaru jer sampai luka-luka kulitnya digaru...