Sila Klik Iklan Ini

Friday, August 28, 2009

Aduh Sakitnya Cabut Gigi

Semenjak, dua menjak dan tiga menjak ini amat liat sekali utk mokcik nak menghapdet blog ni...ditambah pulak tengah sakit gigi ni, maka berpinar-pinar rasa alam dunia ni, apa tak nya asyik rasa berdenyut ajeee... adehhh sungguh bisa kesakitan gigi ini... amat sengsara ku rasai..



So, mokcik pun pegi cabut gigi kat kinik panel opis mokcik, cabut geraham wa cakap luuu... abis la selera mokcik terbantut sat gih sbb sebelah dah tak leh ngunyah ni.. camno nak makan, nampak gayanya kurang la skit mokcik nak mencekik akibat musabab dengan kesakitan ini yang melanda ini...

Dah hampir seminggu cabut pong masih rasa sakit woooo... menambahkan lagi tahap keseteresan mokcik dah sampai tahap kayangan dah ni... apa tak nya nak tido sakit, nak tunduk sakit, nak baring pong rasa sakit. Ingatkan lepas cabut bolehlah melegakan kesakitan ittew tapi hampeh makin sakittt...sakit... dan sakitt...



Mokcik memang betul-betul tak puas hati... terus mokcik kodek-kodek gusi mokcik yang dah ronggak ni, tiba-tiba rasa macam ada gigi lagi, keras-keras dan color putih... terus mokcik gi balik kinik tu dan suruh doc cabutkan. Doc kata tu bukan gigi. itu adalah tulang dia dan dia tak bleh cabut. Dia bleh kasi asah supaya tak tajam je... Aduh sayunya ati mokcik dan Adoiiii kena bius lagiii laaa. Mokcik memang 4bia ngan doc gigi, bila tengok jarum bius terus mokcik pejam mata sbb terlalu takut utk melihatnya. Mokcik ni kan memang spesis tahap ke ngerian yg maha tinggi, sbb tu mokcik tak minat nak jadi doc ke, angkasawan ke, pakar bedah ke atau apa saja yang seangkatan dan sepupu sepapat dengannya... Cakap je sebenornye ko tu memang penakut... hahaha... (syyy sila cover line skit yer)



Pas bius doc amek forcep dan ala-ala cam pisau gittew, apa ntah sebenarnya alat tu mokcik tak berapa nampak... sekali lagi mokcik pejam mata... ngeri ooo kalu tenguk, tak sanggup ehh mokcik. Penyudahnya 2 kali mokcik dapat sakit bila cabut gigi minggu ni...Sebelum balik doc masuk ubat dalam gusi dan bagi ubat tahan sakit dan antibiotik... adeh seksanya bila tercabut geraham sebatang ni... Nurse kat kinik ni pong cakap tak sume org ada tulang gigi ni dan amek masa lama skit untuk balik dlm 2 minggu gittew. Apa 2 minggu? tolong!!!!!!!




Gigi mokcik ni adalah spesis gigi kapak. Ni nak kena tanya orang dolu-dolu kenapa dipanggil gigi kapak..Kesian kapak yg jadi mangsa keadaan dan nama buruknya adalah kapak sbb gigi spesis ni adalah gigi yang besau-besau. Akibatnya gigi mokcik tak cukup 32 batang sbb tak dak space kot dia nak tumbuh, (pandai-pandai mokcik buat teori sindri ni.. hahah). Jadi bila satu gigi dicabut nampak sangat kekosong tanah lapang yg berlaku pada gusi mokcik ni...ehh buruk bebenor laaaa...
Masa form 6 dulu pong mokcik penah cabut gigi gak tapi itu gigi tumbuh balik maaa, magic sungguh. Jadi teori kedua mokcik kalu gigi tak cukup 32 btg ada peluang untuk gigi tumbuh balik kalu dicabut sblm umur 21 thn. Baik korang pi bilang gigi korang cukup tak 32, kalu tak cukup maka ada harapan la nak dapat gigi baru nehhh... Ini teori mokcik laaa korang jangan percaya sangat sbb mokcik ni bukan doc pakar gigi, kang pas ni ada yg saman mokcik ni sbb pi cabut gigi tak tumbuh-tumbuh dahhh....


Peristiwa gigi bleh tumbuh balik ni tak semua org dapat dan mokcik bertuah sbb salah sorang org yg terpilih itteew, itu dulu la.. sblm umur 21 skrag umur dah makin muda belia remeja ni jgn mimpi la gigi yg dicabut ni bleh tumbuh balik...Spt kata nurse tadi la tak sume orang ada tulang gigi ni... sekali lagi mokcik jadi insan terpilih sbb ada tulang gigi....


Dan pewaris mokcik tak lain tak bukan adalah si mat japih ni... Mat japih mempunyai gigi kapak cam mokcik, tengoklah gigi depan dia yg 2 batang tu kan main besau nyerrr... Gigi kakak adalah spesis gigi en. suami yg kecik-kecik dan agak bulat-bulat skit, tak melebar cam gigi kami berdua ni. Nak amek ko ari ni cerita sejarah gigi kuarga mokcik plak dahhh....


Inilah pewaris gigi kapak, bukan pewaris jari hantu tau...




Susah sungguh nak dapatkan gambar gigi mat japih ni, banyak kali snap tak dapat, yg ado adalah gambar yg tak berapa nak clear ini ajork....

Monday, August 10, 2009

SETAHUN SUDAH


Tanggal 08.08.09 maka genaplah mat japih setahun. Tapi tak leh jalan lagi daaa sbb kaki mat japih kecik ajork (ada kaitan ker?), harap badan je badan besar dan berketul-ketul... Kalu kakak dulu kakinya agak lebar dan panjang, sbb tu cepat bleh jalan... Kaki mat japih ni plak kecik tapi kembung ke atas ala-ala telebih mauripan gituu...

Minggu ni kami balik kg sbb nak hantar adik mokcik masuk asrama dia kat MRSM Trolak nun. Asrama dia kena cuti seminggu gara-gara ada pelajar yg terkena H1N1 tuuu. Sebenarnya tak plan nak sambut besday mat japih kat kg sbb besday mat japih semalam... dh lepas pong. On the way balik kg tu baru tiba-tiba dapat ilham nak beli kek la. En. suami kata beli kata Slim je la, kalu beli kat KL kang cair plak nanti. Terus mokcik call Kak Ani (ana punya ipar laa) nak tanya mana ada kedai kek kat area Slim atau Tangjung Malim.

Tak disangka plak Kak Ani bagi tau Besday Chik Ain hari ni (selang sari ke dari besday mat japih). Maka seadonya mokcik plan besday depa berdua disekalikan ala-ala shampoo 2+1 gittew... Sampai kat Slim pusing punya pusing sampai beberapa kali terpusing u turn maka jumpa la kedai yg jual kek. Bukan kedai kek pong, mini market je tapi tak kesahlah janji boleh dapatkan kek. Kek cap ayam je adik kakak oiiii...Kat sini belum tertubuh lagi kedai kek yang besh-besh spt Sec resipi atau bakers cottage yg amat besh ittew... Kepada tokey-tokey kedai kek yg besh ni mokcik cadangkan supaya binalah cawangan kat sini supaya korang bleh celok duit org-org kat sini ngan jualan kek korang yg amat besh ittew. Nampak gayanya lain kali ajork la kita makan kek yg besh-besh skit dan plan tu kena buat betulbetul skit supaya tak terlupo. Kat mini market ni, kek yg mokcik beli nilah yg paling besar pong nan ado di situ. Ado 3 bijik kek ajork dlm peti ais kedai ini...2 biji lagi kek kecik ajo jang oiii...

Untuk mat japih dan chik ain, kami doakan:
  • semoga sentiasa mendapat rahmatNya
  • semoga dipermudahkan perjalanan idup kalian
  • semoga dilimpahkan rezeki yg melimpah ruah selalu
  • semoga sihat selalu
  • semoga jadi anak yg baik dan soleh/solehah
  • semoga ceria dan epi sentiasa

Time tiup lilin. Yg pegang mat japih tu la Chik Ain (kakak en. suami)



time potong kek





adegan suap menyuap




Abg aiman (anak ke 2 chik Ain) nak tunjukkan japih cara-cara nak potong kek. Mokcik baru perasan bila tengok gambar ni, muka-muka depa ni lebih kurang je patern nyee... hahaha jgn marah noo... ini la anak cucu opah namanya..





Kek cap ayam jer. Lain tahun la kita plan beli kek besau-besau dan yg besh-besh gittew...



Time nak tiup lilin ni... yg terlebih exited dan ter ober adalah si kakak ngan abg aiman ni haa...sampai nak jatuh time berdiri atas kerusi tu... mat japih menten cool je... hero la katakan..

...

Tuesday, August 4, 2009

TEBIAT BARU ZHAFIF



Zhafif semenjak dua menjak dan tiga menjak ni banyak peel baru yg mula berleluasa. Tebiatnya yg ketara adalah dia amat gemar tengok iklan. Kalu iklan muncul time dia nak tido lagi haru dibuatnya. Duk dlm buai pong bleh angkat kepala tu nk tengok iklan... Pastu kalu dia syok tengah tengok iklan org panggil pong tak berpaling... dan-dan abis iklan boleh plak dia pusingkan kepalanya kat kita time kita panggil... heran sungguh la mokcik.


Ni pulak tebiat yg dia baru dapat. Ari Sabtu lepas mokcik gi jualan gudang pureen, pastu terbelikan dia bekas sedut air sbb kesian tengok dia minum air dlm cawan asyik tersedak je. Sib baik bila minum air pakai bekas sedut ni jarang skit la tersedaknya. Tapi penyakit lain yg datang plakkk.... Penyakit suka sembur air...sampaikan abis basah baju dan lantai oooo.... Mari kita saksikan



Mula-mula dia senyum melebaq je bila tengok kita duk perati kat dia... ada la akai dlm kepala tu nak buat apa.


Pastu mula sedut air dulu


Seterusnya semburkan air sampai abis lenjun baju tu..



Pastu tersengeh je bila kita marahkan dia... tensen tul la mokcik.


Untuk tatapan korang lemari tv mokcik kat belakang tu pintunya pecah satu sbb terhantuk kepala si mat japih. Tebal ooo kaca tu, camne bleh pecah, dahi dia pun luka skit dan parutnya masih ada. Mokcik rasa dia akan bawa parut tu smpai ke tua la kot... Yg herannya time kena mat japih tak nangis tu... tekejut agaknya bunyi kaca berderai...



Ini adalah aksi time tengok iklan, kalu bleh nak masuk dlm tv tu skali. Ini akibat terikut peel kakak la ni suka tengok tv dekat-dekat. Ponat mokcik tegur depa ni laaa....




Roti Dadu Goreng


Dan seperti biasa mokcik akan postkan satu resipi masakan. Kali ni resepi tuk org yg nak berapa nak rajin, a.k.a berat tangan a.k.a orang yg berat segalanya laaa termasuk berat tulang skali atau orang yg teramat sibuk...Cara buatnya amat la simple dan sekejap je dah boleh ngappp...



Resipi ni mokcik dpt kat internet tapi seperti biasala mokcik akan durhaka skit sama ini punya resipi dan otter ikut selera anak tekak mokcik... jadila resepi belasahan ini.

Bahan-bahannya:

  • Seketul ikan sardin tin bersama kuahnya skit yg dihancurkan (resepi asal tak dak ni. Dia masukkan cili kering yg diblend. Mokcik tak letak cili sbb takut pedas, nanti mat japih tak leh makan. So mokcik gantikan ngan kuah sadin tu supaya masih nampak merah)
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 keping roti gardenia (apa-apa roti pong boleh...belasah je la). Roti hendaklah dipotong dadu. Mokcik potong jadi 8 keping
  • 1 cawan daging ayam dicincang
  • 1 biji telur
  • Sedikit lada sulah
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 3 titis sos ikan (tak nak letak pong bleh sbb resipi asalnya tak buh pong, dia buh garam je skit)
  • Sedikit sayuran mengikut selera anda. Apa-apa sayur yg dipikirkan sesuai belasah je. (mokcik guna kobis ungu ngan kacang buncis je)
  • Sedikit aji. Mokcik tak pakai garam sbb sos tiram ngan sos ikan dah masin


    Cara buatnya:
  • Goreng bawang putih hingga kuning, masukkan ayam dan masak seketika hingga ayam empuk.
  • Masukkan telur dan kacau pastu masukkan ikan sadin bersama kuahnya skit. Kacau lagi sambil hancurkan ikan sadin tu.
  • Masukkan sos tiram, sos ikan dan aji.
  • Masukkan roti bersama sayuran dan kacau barang seminit dua supaya roti sebati ngan rencahnya.
  • Siap dan boleh dihidangkan. Taburla bawang goreng atau daun bawang di atasnya jika mahu dan terus di ngappp...