Sila Klik Iklan Ini

Thursday, July 23, 2009

KAKI LER PULAK

Anak dara mokcik a.k.a kakak ni memang spesis tak leh duk diam, spesis yang suka cari penyakit org tua kata. Dulu tersangkut dlm bakul mainan, kali ni betis dia plak terlekat salotape, tersangkut, tak leh kuar. Apa lagi mokcik gelak sakan laaa... Dah abis gelak baru tolong dia (dah jadi macam maskjask kat welli nun). Dia cukup tensen bila mokcik gelakkan dia... sampai meraung-raung la...


Merenung masa depan kaki yg tersepit salotape...



Ini la mangsa yang dimaksudkan.
Di bawah ni plak mokcik nak masuk bab makanan pulak laa...
Resepi pertama adalah timun goreng khas tuk org nak diet dan menu kedua adalah ayam bakar pong tuk orang nak diet

Timun ini digoreng dengan minyak zaiton, lada hitam dan sedikit sea salt atau rock salt (kalu tak dak korang belasah je garam biasa tu). Goreng sekejap aje jangan lama sangat nanti timun lembek tak crunchy le beliau nanti. Timun tu hendaklah dipotong nipis-nipis je. 1st time tengok resipi ni terus mokcik berkenan dan tingin nak cuba. Sebenarnya menu ini mokcik dapat kat 703 Chef Laura tu. Yg best nya masakan ni tak guna bawang atau perisa dan rasanya tetap sodappp wehhh...




Resipi kedua, ayam ni diperap ngan ramuan spt halia, kunyit, serai, lada sulah dan sedikit garam selama 20 minit pastu dibakar dlm aluminimum foil. Ini resipi belasahan mokcik je a.k.a resipi ciptaan mengikut selera anak tekak mokcik laa (tak rujuk mana-mana kamus, buku masakan atau rancangan masakan pong). Dan mokcik tak buat air asam kali ni sbg pencicah sbb takut terlebih selera kang hancur angan-angan mokcik nak diet.


Monday, July 20, 2009

RUBY-RUBY

Haaa... rasanya ramai yg tak tau apa binatang nyer ruby-ruby ni.. Ini bukan nama awek yer tuan - puan sekelian. Ini sebenarnya adalah makanan peberet mokcik ni. Ada juga orang panggil rubies aje. Mokcik mula suka sama ini makanan bila 1st memakan pada tahun 2002 kat restoran thai yg jaraknya ada la sekentut je dari opis mokcik ni. Spesis makanan ini dikatakan berasal dr Thai dan menjadi peberat org ramai sebagai pencuci mulut. Rupanya macam ABC skit sbb bercampur ngan ais ketul yg dikisar. Kali kedua makan spesis ni pong kat restoran ni gak dan kali ketiga mokcik makan kat Little Penang di Mid Valley nun pada tahun 2005. (Tuuu dia siap ngan tahun skali nak habaq kat hangpa)




Masa 1st time makan rubies ni dulu mokcik tak tau apa spesis makanan ini. Lama gak duk pikir apa benda ni, nak kata jelly bukan, agar-agar pong bukan. Mokcik pong duk pikir camner nak masaknya. Susah ke? sbb tak pernah jumpa spesis makanan cam gini. Masa tu mokcik ingat mokcik makan biji sagu empat segi. Cam kelakar plak bila tingat kisah ni. Tapi skrg mokcik dah tau dahhh... Bila jumpa resepi kat internet terus mokcik mengetest utk membuatnya. Cara nak buatnya semudah one, two, three. Ehh! chef one two three kat Welli nun sihat ker?.
Di sini mokcik sertakan cara-cara membuatnya. Cubalah buat kenkawan... sedap banget sehhhh....

Bahan-bahan:

  • 8 biji senkuang cina (kalu pakai sengkuang biasa tak hebat rasanya)
  • Pewarna merah
  • 3 sudu tepung ubi (tepung ni mokcik beli masa nak masak pai tee dolu tu)
  • 5 ulas nangka (utk hiasan)
  • Ais ketul
  • 3 sudu gula (boleh kurang kalu tak suka manis)
  • 3 cawan santan asli yg dimasak bersama gula di atas
  • 1 helai daun pandan yg dimasukkan ke dalam santan di atas utk mengharumkan aromanya.

Cara membuatnya:

1. Sengkuang dipotong dadu (sila la guna sengkuang cina ya puan-puan sbb sengkuang ini sesangat la sedap rasanya... ranggup, rapuh dan manis sekali. Tak caya cuba ler try rasa...)

2.Rendam sengkuang yg telah dipotong dengan pewarna merah. Mokcik pakai pewarna merah yg dlm botol cam esen vanila tu, pekat color dia wa cakap luuu..

3. Masukkan sengkuang yg berwarna merah tu ke dlm beg pastik. Masukkan tepung ubi dan goncang-goncang supaya tepungnya sekata. Perap seketika dengan tepung ubi.

4.Boilkan sengkuang selama 3-5 minit dan terus rendam selama 15 minit dengan air batu (ais yg sejuk ) utk mematikan proses memasaknya.

5. Pastu bolehlah letak dlm mangkuk bersama hirisan buah nangka. Masukkan beberapa ketul ais dan tuanglah kuah santannya. Siap utk dimakan. Kalu ada ais yg diparut lagi best wooo.

Nak makan spesis rubies ini ada 2 versi.

1. Versi santan mentah

2. Versi santan dimasak.

Versi santan mentah depa perah santan pakai air masak je pastu terus bleh buat kuah ruby. Tapi versi mokcik ni versi santan masak bersama ngan gula. Awas! kena hati-hati skit, jangan terlalu lama dan jangan terleka nanti santan pecah minyak kang tak menjadi plak nanti.

semasa proses pemerapan yg sedang berjalan




Ini la hasilnya... hasil pembelajaran kali ini...

Tuesday, July 14, 2009

HADIAH TIPON DARI EN. SUAMI

Wahhhh....hati mokcik berbunga-bunga dan rasa penuh kebanggaan sungguh la malam tadi bila en. suami belikan mokcik tipon baru ni...Maklum la bukan senang nak dapat hadiah dari en. suami ni. Tak dak ribut tak dak taufan yg melanda tup-tup malam tadi balik dari tesco terus dia hulurkan tipon ni pada mokcik. Wah seronok cam rasa nak pengsan pun ada...Heran gak mokcik sbb besday mokcik dah lama lepas, enibeseri lambat lagi nii...Mokcik anggap la ni hadiah advance utk enibeseri je la yerrr. (boleh main advance-advance le plak).
Apa pong terima kasih bebanyak utk en. suamiku dengan pemberian hadiah yg tak seberapa ni walaupun tipon tu buatan Mesia jerrr... ku sangat - sangat hargainya... sbb yg best nyer tipon ni skrin sentuh dan bleh masuk 2 sim kad skali. Buruknya perangai tul la mokcik ni dapat tipon cap ayam je nak citer satu donia daaa.... Atau mungkin ada org yg kutuk mokcik ni, dapat tipon tak dak tajuk pong nak heboh satu donia ker?... Apa pong ada mokcik kesahhh... Ini kan blog mokcik, mokcik punya suka laaaaa.... Cuma ingatan pada korang jua jangan la terpengaruh ngan sikap riak dan takbur sebegini nanti tak aman...




Sebenarnya sejak ari Sabtu lepas lagi tipon lama mokcik ada masalah ngan skrinnya. Si Yamidakilah yg punya keja laa... dia suka sgt duk tekan-tekan tipon mokcik, kalu tak tekan satu hari tak lengkap idupnya, katanya nak tengok haribulan la, nak tengok gambar la, macam-mcam lagi la. Tup-tup terus skrinnya hilang... pastu dia plak duk bising...katanya tak leh tengok hari dahhhh.. tipon ibu tak nak nyala...



Mokcik pun memang plan nak beli tipon baru dlm sari dua ni, duk berkira-kira lah ni nak kuarkan saving ke nak pakai kad kedit aje... tup-tup dapat hadiah, alhamdulillah selamat duit mokcik....tak yah nak hutang kad kedit...




Berbalik pada citer tipon mokcik. Ini adalah kali pertama mokcik pakai tipon cam gini. Agak terhegah-hegeh cam siput gak la nak familiarkan tipon ni ngan jari jemari ku yang montok dan mulus ini. Mokcik dah 10 tahun pakai tipon tajuk Nokia dari tahun 1999 uols tau..dan sebati dan rasanya sungguh user friendly la...




Sehubungan itu la mokcik rasa kali ni mokcik nak citer pasal mata pelajaran sejarah hanpon la... Kalu korang tak nak baca silalah kuar dari laman rumah mokcik ni yer... opppsss bukan nak halau, cuma mokcik takut korang boring nanti, tapi kalu korang yg idup sezaman ngan mokcik ni, apa salah nya kalu korang baca sbb mungkin boleh membangkitkan nostalgia zaman mudo-mudo yoo...



Hanpon pertama mokcik adalah tajuk Nokia tapi dah lupa model apo ntah, bodi dia color hitam atau blue black dan casing dia macam-macam color ada dan ada antena ciput kat atas dia. Tipon ni yg paling glamor dan terhangat di pasaran di kala itu. Sbb tipon ni antara yg kecik dan ringan time tu kalu nak dibandingkan ngan motorola yg size nyer macam botol air budak tadika, haaa ampun kan mokcik motorola...Time tu pembuat tipon spt Nokia dan motorola lum buat lagi yg tak dak antena, rasanya dlm tahun 2000 kot baru kuar nokia 3210 pertama yg tak dak antena. Kiranya mokcik ni antara golongan yg terawal gak la yg pakai tipon ni, sbb masa tu tipon adalah satu barang mewah bukannya satu keperluan cam skrg ni, budak sekolah pun bleh ada hanpon. Pada tahun 99 ni jugak tipon yg agak glamor adalah Acartel yg ada cam kolor-kalor gak tapi skrg susah dah nak jumpa tipon ni...Masa tu tak payah citer la bab teknologi tipon utk videocam, gprs, mms atau 3G, rasanya pencipta tipon tak terikir lagi idea ni kot. Kalu ada pong teknologi ni tak sampai lagi kat Mesia time tu sbb masa tu tipon hanya tuk call aje. Empayar sms pun agak terbatas sbb hanya boleh sms pada line adik-beradik dia aje, kat line lain kirim salam je la yerr..tak leh sms tau... Masa ni prepaid baru nak kuar, yg ada pun celcom je , tu pun still kena bayar line gak dlm 30 henggit... Charge utk call tak yah citer la, memang mahal giler.. Paling sakit kalu tengah nak kapel, nak bergayut ngan boypren tiap-tiap malam tu payah skit... Silap-silap bill sampai ribuan ringgit atau paling koman dlm 6, 7 ratus gittew...



Mokcik beli tipon pertama setelah dapat bonus hasil kerja pertama mokcik lepas grad sblm join LAN lagi tauuu, rega dia dekat 8 ratus gak laaa. Mula-mula kuar tipon ni rega dia seribu lebih tauuuu...Masa ni tempat yg glamor jual tipon adalah bukit bintang (BB). Plaza low Yat?. Masa tu tak yah habaq pasai plaza ni sbb takdak dlm rancangan struktur KL lagi kottt.... Nak pegi ke BB kena naik bas tau sbb LRT dan Monorel tak diilhamkan lagi. Tingat citer pasal naik bas mini plak (mokcik ni kan suka tersasar dari bearing skit) Mokcik sempat la merasa naik bas mini kat KL ni. Sehingga la tahun 1997 bila perkhidmatan bas mini ditamatkan. Sume tu tinggal sejarah tauuu... rasanya ramai di kalangan korang yg tak sempat merasa naik bas ni...



Tipon kedua mokcik tajuk nokia gak, model Butterfly, masa ni tipon dah makin canggih dahhh, rega pong dah cecah riban-riban dan macam-macam model dah kuar sbb dak wireless. Ada yg banana la, sabun la, daun la dan macam-mcam la lagi lah..Masa ni kalu kat opis tipon paling hebat dan menjadi sebutan di kalangan anak-anak gadis adalah kepunyaan siapa lagi kalu bukan Pengurus Isam tuuu... (Ise mokcik minta laluan nak mohon kebenaran pakai nama hang). Masa ni 3G lum ada, yg ada camera ngan video rasanya.



Dah tipon Nokia last mokcik, mokcik beli tahun 2006 model 6111 yg mokcik beli sblm gi Yemen. Kiranya tipon yg paling mahal la mokcik ada sbb mokcik beli time dia mula-mula kuar. Skrg ni tipon ni org tak pakai dahh sbb tak dak 3G. Model ni memang mokcik berkenan benar sbb terpengaruh ngan iklan di astro nun. Selepas nokia kuar model ni, ramai plak pengusaha tipon lain pong kuar model yg seakan sama. Tipon tu sudah jadi arwah... uuwaaa sedihnya sbb mokcik sayang gak ngan benda alah ni. Tapi mokcik lum buat kenduri arwah lagi sbb kalu bleh repair mokcik nak gi repair la dulu... kalu dapat repair laaa....Kalau tak dapat, kena campak ke laut je...buat tukun utk tmpt penetasan anak ikan dan tempat bermain atau tempat bergurau senda anak-anak penyu. Macam la tipon ko tu sebesar Desetticon (transformer) tuk dijadikan tukun...

Friday, July 10, 2009

PAIS IKAN KUKUS



Rasanya dah lama mokcik tak post pasal makanan di sini laa.. Maklumla si debab yg enchem tu tak berapa sihat. Maka agak terbatas skit la masa mokcik nak mengesurf tenet ni. Masa kat PPUM itu hari plak berukband selekom ni memang beruk sungguh la. Signal kat situ very poor... tensen mokcik. Jadila mokcik seorang yg tabah menemani si hero michelin tu dengan penuh keboringan.


Okey la kali ni buat tatapan kenkawan mokcik nak citer pasal resipi ikan pais. Resipi ikan ni memang glamer kat Ganu dan biasanya dijual bersekali atau sewarung ngan Sata... (tetiba je tingat kat Satar, staf opis ni dulu) apa kabar dia yer... dah cikgu gamaknya skrg ni... ehhh melalut le plak... ampun kenkawan mokcik ni suka tersasar dari bearing skit, kadang-kadang laaa....




Mokcik masak pais ni sbb nak menghabiskan stok en. daun pisang yg mokcik beli masa nak masak ikan bakar itu ari. Daripada dibuang begitu sahaja elok dan molek benar rasanya mokcik pikirkan kaedah-kaedah lain yg boleh menghabiskan beliau dengan secukupnya. Pais ni bleh dimasak 2 cara


1. Bakar


2. Kukus
Mokcik pilih kukus sbb dia lebih moist, kalu bakar kang kot kuah dia kering plak nanti.

Okey di sini mokcik sertakan resipi utk membuat en. pais. Selamat mengetest ye..


Bahan-bahan

  • Ikan sadin curut 7 ekor

  • Bawang besar 1 ulas

  • Halia 1.5 cm (lebih kurang laaa, mokcik main agak-agak je sbb kat dapur tak dak ruler... istilah org kg mokcik ni)

  • Kunyit 1.5 cm (kalu tak dak hentam je kunyit serbuk tu)

  • Lengkuas 1.5 cm gak

  • 2 batang serai

  • Sedikit ketumbar

  • Sedikit air asam jawa

  • Sedikit garam

  • Sedikit gula (utk meneutralkan rasa masan air asam tu, kalu guna nnissan Ganu lagi best tau)

  • Serbuk maggi cukup rasa (kalu tak dak pakai je tok aji)

  • Sedikit sos ikan thai atau depa panggil nampla (tak buh pong tak pe, mokcik letak ni sbb nak abiskan stok, kang beliau expired le plak nanti)

  • 1/2 hingga 1 cawan Santan pekat untuk bancuh semua ramuan rempah ni
Cara memprosesnya adalah:

Sume bahan ini di blend sehingga lumat. Pastu letak la atas daun pisang bersama ikan spt gambar di bawah sebelum di kukus.



Rempah untuk pais ikan




Mula-mula amek daun pisang pastu sapukan sikit rempah pais, then letak ikan dan sapukan sikit lagi rempah di atasnya.




Bungkus la sesedap rasa... seterusya boleh la di kukus selama 8-10 minit. Jangan lama sangat nanti over cook le beliau nanti... kang tak sedap le plak...



Ini la hasilnya... ikan pais. Musti cuba... sedap ooo. Kalu makan cam gitttew aja lagi best.

Thursday, July 2, 2009

DARI WAD PEADS 2

Hari pertama di wad



Hari kedua


Hari ketiga


Hari Isnin bawa Zhafif pi PPUM sbb nafas dia kuat sangat. Duk di PPUM dari kul 11.00am sampai la kul 2.30 pm. Mat japih kena sedut chamber 4 kali setiap 10 minit sekali pastu sedut nebulizer plak 15 minit sebanyak 3 kali dan kena xray lagi. Bila dah sedut semua benda alah tu, nafas dia ok skit tapi masih ada bunyi cuma perlahan je. Doc bagi balik dan sampai je umah petang tu Mat Japih terus demam sampai la hari Selasa.
Hari Selasa tu mat japih cam teruk skit, badan dia lemah, tak aktif, susu pun kurang, makan tak mau, asma dan demam yg membuatkan dia teruk. Balik opis hari selasa (mokcik balik awal skit dari biasa, minta izin ngan boss pastu bos benarkan, terima kasih boss) mokcik terus bawa zhafif gi klinik panel kat Sungai Wey untuk sedut nabulizer. Sampai je kat klinik doc terkejut kenapa teruk sangat bunyi nafas mat japih ni sampai doc geling-geling kepala. Dah sedut benda tu doc suruh pi PPUM, siap ofer nak ambulan ke tak.



Bila sampai PPUM terus doc kata kena admit, sbb oral antibiotik yg diberi selama seminggu tu tak berkesan. Kali ni doc kata kena siapkan line utk diberi antibiotik secara suntikan plak. Kesian tangan mat japih berbalut.



Masuk wad Peads 2 lagi. Tingkat 3, Menara Timur. Yg kelakarnya kali ni mat japih dapat umah yg sama iaitu Bed 8. Doc yg masih ingat kat mat japih ni pun cakap welcome back to home. Masuk je wad kena pasang tiub oksigen kat pipi. Seperti yg lepas jugak setelah pasang tiub tu setengah jam duk nangis tak henti sbb tak selesa ngan oksigen yg masuk ke dalam hidung tu.



Pagi Rabu tu doc datang check kat wad kata kena bagi steroid utk hilangkan asma dan pneumonia dia ni. Terkejut gak mokcik sbb kecik-kecik dah kena amek steroid ni tapi kalu ikut kata nurse tu ubat steriod ini adalah normal utk hilangkan asma bagi budak-budak kecik ni...
Masuk ari kedua dah kena pindah umah, Bed 13 le plak...bed ni agak kebelakang skit dan agak sempit skit la compare ngan dulu. Tak kesahlah asalkan mat japih cepat baik dan bleh kuar awal skit dari peads ini. Petang jumaat dah bleh discharge setelah doc off kan oksigen kat idung dia tu... Sampai berbekas pipi mat japih dek kena lekat tiub oksigen tu.